Sunday, June 22, 2008

3. makan, anyone..?

oowkaaayyyy....

australia has just been reported to be the fattest country in the world, where there is more people being overweight compared to any other place in the world.

well, there are times when i wish that i am at the antarctic eating salmon and living in the igloo. aha! beruang mama kadang-kadang fikir macam tu.

tapi it is actually a clear picture. kat ausie ni, rata-rata menu wajib kat restoran-restoran ialah hamburgers, cheeseburgers, chips. australians suka makan jajan, dan semua benda kalau boleh letak cheese atau bacon. sebab makanan ruji diorang ialah roti, so ape yang best dimakan dengan roti kalau bukan daging, kan? kalau semua daging kat restoran ausie ni halal, God knows camane aku akan jadi. taknak fikir! haha.

dan australians sangat suka bbq. sikit-sikit bbq. kat uni, bbq tu selalunya jadi benda wajib kalau nak promote mana-mana kelab atau persatuan. dan bila bbq, akan adalah burger, arak semua.

australia boleh dikatakan negara 'dairy', lembu banyak diternak kat sini (apart from kambing, babi etc) maka cheese ada dalam macam-macam bentuk, saiz, jenis dan perisa. ada plain cheese, ada parmesan, ada cheese spread dengan olive and onion, dan macam-macam lagi yang sebenarnya aku malas nak tengok sebab kalau selalu diusha ia akan jadi sangat tempting. haha. sejajar dengan usulan mama 'dah ada kat ausie tu g lah rasa cheese-cheese kat sana'. hehe. tak apelah ma. dan kat sini macam-macam jenis cheese cakes ada. lemon cheese, blueberry cheese, strawberry cheese, dan macam-macam jenis kek yang nampak sangat 'fluffy' dan 'creamy'. ohh, aku rindu kek pisang faveret abah.

paling penting, sejak sampai sini, ada suatu benda sangat ketara tentang makanan. serving makanan kat sini adalah double the serving kat mesia. kalau makan nasi briyani kat restoran sarawan tu, siap-siaplah bawak tupperware. unless tersangat lapar, especially perempuan memang takkan habis makan nasi dan lauk dia. skali dia serve macam dua pinggan serving mesia. nasi yang menggunung, chips yang sampai terkeluar dari bekas polisterin, standard air gas dalam tin 1.5 size air tin mesia. biasalah badan orang-orang ausie pun lebih besar dari saiz badan kita orang mesia. ermm..aku ni boleh la dikatakan separuh berat standard diorang. haha.

tu belum campur dengan all the kinds of fast food diorang. dari mcD ke KFC ke SUBWAY ke kebab ke PIZZAHUT ke DOMINO'S dan just name it. semua pun menu lebih kurang, banyak lemak. walaupun kat mesia ada restoran-restoran tu, tapi syukur itu bukan makanan ruji kita.

tapi, realising this, they are a lot more aware dengan kalori dalam makanan compared to us. mereka dididik dengan lebih baik tentang diet. tentang macam mana nak tau berapa kalori yang diorang patut ambil dalam makanan, dan ada juga syarikat-syarikat macam Lite n Easy yang prepare makanan sihat untuk orang ausie dan hantarkan ke rumah tiap-tiap hari. and amazingly ada orang hilang sampai 37kg- wow! paling best ada rancangan tv The Biggest Loser, di mana orang-orang obes masuk rancangan tu, mereka undergo turrent exercises and very tight activities and they work their guts out to lose weight, and ada yang hilang berat sampai 70kg..OMG i just cant imagine that..

but yeah, there are always pros and cons in things, rite..?

p/s: Tuhan kuruskanlah aku. ameen.

Friday, June 20, 2008

2. tegur yop, and smile!

tadi lepas aku habis exam, on the way balik apartmen aku lalu satu tempat construction. aku suka tengok construction, sebab aku suka tengok orang bekerja keras. drive kren, pakai cap keselamatan siap dengan jaket, muka dan baju sedikit kotor, kasut boot yang kuat, sambil alihkan batu-batu besar dengan penuh hati-hati. aku selalu dan sangat suka pandang orang-orang macam ni sambil diam dan perhati dengan mata sepet.

dan tadi, seorang pekerja tu perasan aku usha diorang bekerja. kemudian dia pandang aku, tapi time tu aku alih pandangan ke arah lain (ada orang tengah main tenis kat court. menarik jugak ermm). kemudian aku toleh balik dan perasan yang dia pandang aku. aku senyum kemudian dia tegur, "hye there. how you're doing?" dengan gaya penuh gentleman. ahh. cair?

tak lah. sebab australians memang macam tu. mereka sangat friendly, suka tegur orang. kalau naik bas pagi-pagi, driver bas akan tegur hampir semua orang yang naik bas tu 'good morning'. especially dengan perempuan-perempuan pakai tudung, mereka respect perempuan-perempuan bertudung kat sini, termasuk aku :). dan penumpang-penumpang pulak, setiap kali turun bas, akan cakap 'thanks' atau 'cheer mate' dan kalau lelaki sambil angkat tangan tanda respect.

kat mana-mana service counters pun macam tu. mereka suka senyum dan layan customers dengan baik. sini ramai foreign people dengan bahasa lain-lain, tapi mereka mesti akan cuba fahamkan jugak apa yang setiap customer nak. time aku pergi camping kat lake eildon, bila aku bagitau yang aku tak boleh makan pork dan mereka kena sertu (aku cakap je 'wash with 1 part of soil water and 6 parts of plain water') sudip dan tempat bbq sume, mereka siap offer lagi nak buatkan (padahal mana boleh, diorang tak faham pun konsep sertu tu ape). bila aku kata 'it's okay' mereka tak puas hati, mereka tetap nak aku dapat makanan macam orang lain dan cuba nak faham macam mana nak betulkan keadaan supaya aku dapat makan dengan tenang. syukur, rupa-rupanya malam tu mereka tak masak pork, mereka masak beef, so tak payah sertu cuma kena asingkan aje. leganya aku malam tu.

nak tarik muka masam tu memang jarang sekali lah. selalu kan kalau kat mesia, melayu dengan melayu jarang nak mesra-mesra ni unless betul-betul kenal (yang aku nampak lah, tak tau lah pulak aku tak cukup comel sampai orang taknak senyum kat aku kan hehe). tapi kat sini, semua orang, sebangsa ke, tak seagama ke, kenal ke tak kenal ke semua layan cara sama- friendly and helpful. bukan sebab mereka memang manusia baik-baik dan sopan santun dan helpful dan peramah, tapi sebab tu etika kerja. sebab mereka golongan professional. tu sebab negara mereka maju- reti bezakan hal personal dan kerja.

tapi tapi. bukan selalu orang keje constructor tiba-tiba je tegur seorang perempuan yang tengah berjalan kan? sambil buat kerja tu sempat lagi tegur-menegur.

aih..aku memang comel nampaknya. hehe~

Monday, June 16, 2008

1. baca bas

aku suka naik bas. sebab tak payah risau betul ke tak jalan yang aku ambik, plus aku boleh tengok macam-macam. berlagak miskin ni ada bagusnya.

di ausie, pemandunya semmart-semmart. well, that is obvious sebab ausie negara maju.

but let's talk about attitude.

pemandu bas, seorang perempuan, sampai awal ke bustop. sambil menunggu penumpang, dia duduk bersandar sambil membaca buku. tabik spring- sempat lagi membaca. sama juga dengan seorang penumpang tua di seat tengah. rata-rata ada at least sebuah buku dalam beg masing-masing.

pernah sekali aku naik bas, ada ramai budak sekolah di dalamnya. mereka bawa beg sekolah yang saiznya dua kali ganda beg sekolah budak-budak di malaysia (yang aku rasa aku sendiri tak terangkat, mungkin sebab badan mereka lagi tinggi dan tough), mereka ada hp masing-masing dan mereka sembang-sembang sambil gelak ketawa dalam bas, macam budak-budak biasa.

kemudian aku keluarkan lecture notes dari dalam beg aku sambil baca dalam bas. bila budak-budak tu lihat aku membaca, mereka terus letak beg-beg mereka ke lantai, buka dan keluarkan buku masing-masing. bukan buku sekolah, bukan buku latihan. tapi novel terbaru harry potter. sambil tu mereka berlumba-lumba siapa sudah membaca harry potter sampai habis. melihatkan mereka, aku tersenyum aja.

Tuhan dah pesan awal-awal, suruh kita membaca. sesetengah australians hanya tak membaca dengan namaNya.

bismillahirrahmanirrahim

testing testing (konon macam tak pernah buat blog pulak)

NOTE: sesiapa nak cadangkan apa-apa topik menarik, silakan. mana tau ada yang belum terlintas dalam kepala tapi sebenarnya menarik untuk ditulis.

sekian :)